Cashless Medical Care
Guarantee Letter untuk kemalangan atau penyakit semasa di luar negara. Satu panggilan ke hotline 24/7 untuk kemasukan hospital tanpa bayaran awal. Tidak terpakai untuk penyakit sedia ada.
Ammar Naufal · Ejen TripCare 360 Takaful
Semak caruman TripCare 360 Takaful (Etiqa) ikut destinasi, tarikh dan siapa yang ikut serta. Pilih plan, kemudian WhatsApp Ammar untuk buat sijil.

Ammar NaufalEjen TripCare 360 Takaful
*Guarantee Letter disediakan untuk kemalangan atau penyakit semasa di luar negara. Tidak terpakai untuk penyakit sedia ada.
Kenapa TripCare 360
Guarantee Letter untuk kemalangan atau penyakit semasa di luar negara. Satu panggilan ke hotline 24/7 untuk kemasukan hospital tanpa bayaran awal. Tidak terpakai untuk penyakit sedia ada.
Tuntutan bagasi dilindungi sehingga RM1,000 pada plan asas, lebih tinggi untuk Gold dan Platinum.
Dapat RM100 untuk kelewatan penerbangan 2 jam, walaupun tanpa menghantar tuntutan.
Perlindungan tambahan untuk kejadian tidak dijangka akibat COVID-19 bagi perjalanan antarabangsa.
Perjalanan mesti bermula dari Malaysia. Daftar sebelum bertolak, dan digalakkan sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal supaya manfaat pembatalan perjalanan (Gold dan Platinum) terpakai.
Semak harga
Isi tarikh, destinasi dan jenis traveller. Harga untuk semua plan keluar serta-merta.
Plan & benefit
Had maksimum bagi setiap orang (RM). "Tiada cover" bermaksud benefit tidak termasuk dalam plan itu. Had keluarga ditunjukkan di bawah angka.
Jumlah liabiliti maksimum RM5,000,000 setiap sijil. Jika jumlah semua manfaat melebihi had ini, manfaat setiap orang dikurangkan secara berkadar. Senarai ini tidak lengkap, sila rujuk Sijil Takaful atau Product Disclosure Sheet.
Kematian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan dan perkhidmatan kecemasan semasa aktiviti seperti rafting, selam skuba, ski, hiking gunung (had ketinggian terpakai) dan hot air balloon. Secara amatur untuk riadah dengan operator berlesen. Nepal dikecualikan.
Pembatalan dan gangguan trip sehingga RM5,000 setiap satu, perbelanjaan perubatan luar negara hingga RM300,000, pemindahan kecemasan hingga RM100,000, serta repatriasi jenazah hingga RM100,000. Umur 61-80: had 50%.
Kehilangan atau kerosakan kandungan rumah akibat kecurian, kebakaran atau air semasa anda bercuti, sehingga RM20,000.
Peralatan golf dicuri sehingga RM1,000 (domestik) atau RM2,000 (antarabangsa), dan yuran green fee tidak terpakai sehingga RM500 atau RM1,000.
Kawasan perlindungan
Dalam Malaysia.
Bangladesh, Bhutan, Brunei, Cambodia, China (kecuali Mongolia), Hong Kong, India, Indonesia, Japan, Laos, Macau, Maldives, Pakistan, Philippines, Sikkim, Singapore, South Korea, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.
Seluruh dunia kecuali Malaysia, USA dan Canada.
Seluruh dunia termasuk USA dan Canada (kecuali Malaysia).
Cuba, Iran, North Korea, Syria, Ukraine, Russia, Myanmar, Iraq, Palestine, Afghanistan, Belarus, Venezuela, Sudan, South Sudan, Israel, Antarctica, Nepal dan Libya. Perjalanan ke atau melalui negara ini tidak dilindungi.
Cara claim
Untuk kecemasan atau kemasukan hospital di luar negara, hubungi Travel & Medical Assistance 24/7 di +603-2785 6565. Guarantee Letter tertakluk kelulusan.
Contohnya resit rasmi, laporan perubatan dan laporan polis jika berlaku kehilangan. Senarai penuh ada dalam Sijil Takaful anda.
Disyorkan dalam 24 jam dan tidak lewat 30 hari dari tarikh kejadian, melalui app Etiqa+. Claims Careline: 1 300 88 1007.
Tak pasti dokumen atau langkah seterusnya? WhatsApp Ammar untuk dipandu.
Beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Lebih 400,000 penyedia perkhidmatan di seluruh dunia dan menyokong 40 bahasa.
Bagi tuntutan pesakit luar di luar negara di bawah RM3,000, bayar dahulu dan tuntut balik (reimbursement).

Tentang Ammar
Saya bantu anda semak caruman, faham beza Silver, Gold dan Platinum, kemudian uruskan pendaftaran sijil sebelum anda bertolak. Kalau ada soalan tentang coverage atau claim, terus WhatsApp.
Artikel

Senarai Area 1, 2, 3 dan 4 TripCare 360 Takaful, termasuk negara Asia terpilih (Area 2) dan negara yang dikecualikan seperti Nepal. Semak sebelum anda beli.
Baca artikel
Panduan bila flight delay atau bagasi hilang semasa travel: berapa had tuntutan TripCare 360 Takaful, tempoh hantar claim, dan nombor yang perlu dihubungi.
Baca artikel
Bandingkan plan Silver, Gold dan Platinum TripCare 360 Takaful (Etiqa): had perubatan, bagasi, pembatalan trip dan contoh caruman. Pilih ikut jenis perjalanan anda.
Baca artikelSoalan lazim
Manfaat dibayar apabila berlaku kejadian tertentu kepada orang yang dilindungi semasa perjalanan domestik atau antarabangsa, untuk urusan perniagaan atau percutian. Ia termasuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, perbelanjaan perubatan akibat kemalangan atau penyakit, pelbagai kesulitan perjalanan, kehilangan atau kerosakan bagasi dan barang peribadi, liabiliti peribadi, perkhidmatan kecemasan, serta manfaat pilihan seperti aktiviti lasak, COVID-19, Extended Home Care dan golf.
Boleh, dengan syarat semua perjalanan bertolak dari Malaysia dan anda kembali ke Malaysia selepas trip.
Tidak boleh. Negara asal perjalanan anda mesti Malaysia.
Anda boleh daftar secara online di laman web Etiqa, hubungi ejen seperti Ammar untuk mendaftar, atau pergi ke cawangan Etiqa berdekatan. Daftar sebelum bertolak, dan digalakkan sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal supaya manfaat pembatalan perjalanan terpakai.
Boleh, iaitu pasangan dan anak yang mengikut anda dalam perjalanan. Caruman bergantung pada plan, destinasi dan tempoh perlindungan. Caruman belum termasuk cukai kerajaan Malaysia mengikut kadar semasa dan duti setem RM10 bagi setiap sijil.
Tunai, cek atau kad kredit. Cek mesti dikliarkan sebelum tarikh berkuat kuasa sijil. Caruman mesti dijelaskan sepenuhnya sebelum tarikh berkuat kuasa, jika tidak sijil tidak berkuat kuasa.
Domestik (Area 1): bermula 12:01 pagi pada tarikh berkuat kuasa dan tamat pada yang terdahulu antara: sebaik tiba di rumah anda di Malaysia, atau tamat 11:59 malam pada tarikh dalam sijil.
Antarabangsa (Area 2, 3 & 4): bermula 6 jam sebelum masa berlepas yang ditempah untuk perjalanan terus ke tempat berlepas di Malaysia, dan tamat pada yang terdahulu antara: 6 jam selepas masa ketibaan yang ditempah di destinasi akhir di Malaysia, sebaik tiba di rumah, atau tamat 11:59 malam pada tarikh dalam sijil.
Antarabangsa: per trip maksimum 180 hari berturut-turut. Annual: bilangan trip tanpa had, setiap trip tidak melebihi 90 hari berturut-turut.
Domestik: per trip maksimum 30 hari berturut-turut. Annual: bilangan trip tanpa had, setiap trip tidak melebihi 30 hari.
Semua tuntutan perlu dihantar secepat mungkin. Disyorkan dalam 24 jam, dan tidak lewat 30 hari dari tarikh kehilangan atau kerosakan. Anda boleh hantar melalui app Etiqa+. Rujuk Sijil Takaful untuk maklumat Notifikasi Tuntutan, Prosedur dan Penyelesaian.
Hubungi Travel Assistance Helpline 24 jam, 7 hari di +603-2785 6565.
Tidak. Sijil ini tidak menampung perbelanjaan yang disebabkan langsung atau tidak langsung oleh keadaan sedia ada yang anda sedia maklum sebelum sijil bermula, atau yang wujud atau mula menunjukkan simptom dalam tempoh 12 bulan sebelum permulaan setiap perjalanan. Tiada pilihan bayaran tambahan untuk meliputi penyakit sedia ada.
Boleh. Anda boleh menuntut perbelanjaan perubatan yang perlu bagi rawatan susulan di Malaysia sehingga maksimum 3 bulan dari tarikh pulang, tertakluk had manfaat plan anda.
Sijil akan membayar jika trip dibatalkan kerana kecederaan atau penyakit yang memerlukan kemasukan hospital atau kuarantin wajib, dan anda tidak sihat untuk bermusafir seperti diperakui Pengamal Perubatan. Manfaat pembatalan perjalanan hanya ada pada plan Gold dan Platinum, dan takaful mesti didaftar tidak lewat 7 hari sebelum tarikh perjalanan bermula.
Caj perkhidmatan ini sudah termasuk dalam caruman. Walau bagaimanapun, perkhidmatan atau caj lain di luar skop sijil perlu ditanggung oleh anda, dan pihak bantuan akan memaklumkan serta mendapatkan persetujuan anda sebelum perkhidmatan dilaksanakan.
Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai penuh pengecualian.